Saturday 26 February 2011

Cinta Suciku...

Setiap kali musim peperiksaan, ingatanku akan  menerpa memori manis di bangku sekolah. Ceritanya bermula di alam persekolahan rendah lagi. Entah macam mana, diri aku yang pendiam ini dan kurang bersosial ini telah diminati oleh seorang budak lelaki yang begitu famous dan mempunyai secret admire keliling pinggang. Biarlah aku namakan dia A. Aku dalam kategori  kumpulan pelajar harapan sekolah termasuk A. Bezanya kami berlainan kelas dan tidak pernah berkomunikasi.
Cinta berputik apabila sekolah kami mengadakan kem selama seminggu untuk memantau pencapaian kami dalam akademik. Pada ketika itulah aku menerima sepucuk surat yang berbaur cinta daripada A. Aku terkejut apatah lagi aku dibesarkan dalam keluarga yang amat menitik beratkan agama dan pergerakanku sentiasa dikawal ketat oleh ibu bapa dan abang – abang serta kakakku. Inilah kali pertama aku mengenali cinta.
Walaupun sebelum ini, aku mempunyai hubungan yang rapat dengan salah seorang guru lelaki di sekolah sebagai abang dan adik angkat yang aku namakna B. Bukan aku yang pinta tapi guru itu yang menganngap aku sebagai adiknya kerana dikatakan wajahku seiras dengan adiknya. Aku banyak diberi keistimewaan, dorongan dan ransangan untuk berjaya. Malah aku terhutang budi dengannya kerana banyak berkorban untukku sehingga menerbitkan perasaan iri hati di kalangan rakan yang lain. Malah hubungan kami telah diketahui oleh ibu bapaku dan mendapat restu daripada mereka.
Antara jasa dia yang tidak dapat aku lupai ialah pada setiap minggu dia akan memastikan aku membaca senaskhah ekspedolia atau buku yang berbentuk sains fiksyen dan pada hari yang terakhir aku perlu membentangnya di hadapannya. Malah setiap kem atau program yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang memerlukan bayaran dia akan mendahulukukanya. Itu belum termasuk buku rujukan dan tuisyen yang diberi secara percuma kepadaku.
               Aku tidak pernah member jawapan positif kepada A. Malah aku sering mengatakan jawapanku akan terucap sebaik sahaja selepas peperiksaan. Sepanjang tempoh menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, A telah membuat pelbagai kejutan termasuk pelbagai hadiah yang diletakkan di dalam beg sekolahku secara senyap, mengambil barang peribadiku tanpa pengetahuan dan sebagainya. Kadang kala perbuatan-perbuatannya mengundang perasaan geram dan malu sehingga lah hubungan ini dihidu oleh para guru termasuk B. Aku dipanggil dan diberi nasihat agar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.  Mungkin akalku yang semakin matang mempermudahkan menilai kesilapan.  Kakak dan abangku juga menasihatiku agar meninggalkan dunia khayalan yang tiada faedahnya.
               Sejak dari itu, aku terus melupakan dia dan kami masing masing meneruskan pengajian di peringkat menengah.  Aku terus semangat untuk mengejar dan mencipta kejayaan sementelah lagi  kakakku dah diterima sebagai pelajar IPT di KL. Aku cuba menepis usikan-usikan cinta yang menyapaku demi mengejar sebuah kejayaan. Namun semasa di tingkatan 4 aku sekali lagi kalah dengan mainan cinta. Cinta pandang pertamaku dengan salah seorang pelajar lelaki yang baru dikenali mendapat respond darinya iaitu C. Aku tidak menyangka C juga mempunyai perasaan yang sama denganku walaupun aku sedikitpun tidak menunjukkan perasaan sayang secara lahiriah kepadanya. C telah menghantar surat yang berbaur cinta melalui rakan baikku. Aku yang terlalu kaget dan terkejut hampir membuang surat tersebut tetapi dipaksa oleh rakan baikku untuk membacanya sampai habis. Aku kecut perut bila mengingatkan amaran keras dari abang dan kakakku  supaya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. C memohon kepastian dariku! Ingin menolak aku tidak sampai hati dan ingin menerima aku tak sanggup melukakan hati keluargaku…
Kekusutan ku ini dapat dileraikan apabila ayahku telah menghantar aku ke sekolah berasrama bagi memberi peluang kepada aku menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Aku rasa bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk bersaing dengan rakan-rakan yang sememangnya dikurniakan IQ yang bijak.  Namun demikian, aku dikejutkan dengan kemunculan C di sekolah baruku. Rupa2nya C dapat menghidu usahaku untuk berpindah sekolah dan dia juga membuat permohonan di sekolah yang sama denganku tanpa pengetahuanku. Melalui cerita rakanku, C telah mengambil tahu semua perkara yang berkaitanku sejak dia mengenaliku. Walaupun kami berlainan kelas namun C sedaya upaya cuba mendekatiku. Walaupun aku tidak pernah memberi  harapan kepada dia malah berjanji kepada diri sendiri agar tidak lagi terbabit dengan cinta monyet di alam persekolahan namu n perlakuannya seolah olah aku adalah kekasihnya. Memandangkan aku telahmula mencipta pelbagai kejayan di sekolah baru dan namaku mula meniti di kalangan guru dan pelajar pe;ajar lain, C juga cuba menyaingiku. Namanya juga mula disebut di kalangan rakan rakanku.
Disebabkan desakan desakan darinya yang ingin memohon kepastian dariku sama ada melalui internet, telefon dan surat, aku membalasnya dengan mengatakan  biarlah kami sebagai rakan sahaja dan sekiranya ada jodoh kita boleh disatukan dan aku memohon kepadanya  dengan baik agar C tidak menganggu hidupku sehingga aku tamat dalam pelajaran  dan sekiranya ada jodoh kita boleh disatukan. C akur dengan keputusanku sehinggalah kami  melanjutkan pelajaran di IPT yang berlainan. Di sini ak terus mengejar impianku dan mengejar kejayaan. Nasihat ibu bapa, pengorbanana mereka sentiasa tersemat di jiwa sebagai perangsang untuk mencipta kejayaan. Aku bersyukur kerana semua raka-urakanku mempunyai rentak dan jiwa yang sama denganku.
Sehinggalah ketika berada di semester yang terakhir, aku menerima sepucuk surat dari seseorang yang menyebabkan jantungku hampir berhenti dari beryup nsebaik sahaja aku membuka sampulnya. Rupa-rupanya C masih lagi mengekoriku dari jauh. Ayat terakhir yang sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang di telingaku “ Saya terlalu mencintai awak sejak pertama kali memandang awak. Saya memasang impian untuk hidup bersama awak. Saya tidak rela awak jatuh kat orang lain kecuali saya terlebih dahulu dipanggil Ilahi”
Terketar-ketar tangaku ketika membaca ayat ini.  Lemah longlai jiwa ragaku. Semangatku terus hilang. Aku tidak percaya.. C begitu sekali memantau setiap pergerakanku walaupun kami bertahun-tahun tidak bertemu.  Tiga hari selepas itu, aku menerima panggilan telefon darinya. Dia memohon kepastianku lagi walaupun aku tidak pernah member sebarang harapan kepadanya dan menolaknya dengan baik. Dia mengotakan janjiku agar tidak mengangguku sepanjang aku masih bergelar seorang pelajar dan selama 4 tahun dia sepi tanpa berita sehinggalah aku hampir menamatkan pengajianku dia muncul kembali.
Aku berkongsi masalah ini dengan bondaku memohon pandangan. Aku cuba belajar mencintai dia, mengenang kesetiaan dan kesabaran dia. Namun  perasaan tidak selesa selalu muncul. Aku memohon kepada Ilahi agar diberi petunjuk namun perasaan yang sama tetap muncul. Aku tidak boleh memaksa jiwaku …menyebabkan aku berterus terang dengannya… Aku member nasihat kepadanya agar tidak kalah dengan keputusan yang cukup memedihkan ini dan berulang kali memohon maaf darinya. Mungkin Allah telah metapkan jodoh yang lagi baik dari ku…. Selepas itu, kami langsung tidak berhubungan…Walaupun semua rakanku menganggap aku telah berlaku zalim namun aku rasa akan berlaku kezaliman lagi sekiranya perkahwinan kami nanti tidak ditaburi cinta dan kasih yang mendalam dalam jiwaku.
Selepas tamat pengajian, aku Berjaya menempatkan diri di sebuah agensi profesinal di Selatan tanahair. Aku terus melupakan semua kisah cintaku sehinggalah tidak sampai dua bulan aku bekerja di situ aku menerima panggilan telefon dari seorang lelaki (D)yang ingin mengenaliku secara lebih dekat.  Aku teramat terkejut kerana dia mengatakan sudah mengenaliku dan pernah dating merisikku di kampong semasa aku masih belajar di university. Aku teringat pernah ibuku menelefonku untuk memberitahu perkara ini dan aku segera member jawapan melalui ibuku bahawa aku sudah mempunyai calon (sebenarnya tidak ada) semata-mata tidak mahu melibatkan diri dengan apa-apa ikatan semasa bergelar seorang pelajar.
D mencuba mendekati aku semula setelah mendapat  khabar aku belum berpunya. Aku masih ingat melalui panggilan telefon yang pertama, D telah berterus terang mengajak kami untuk disatukan penghujung minggu tersebut. Bagiku ini satu perkara yang melampau, tanpa melihat wajah, tanpa mengenali tuan punya badan terus diajak kahwin. Aku pula tidak percaya kenapa dengan begitu mudah aku dapat menerimanya walaupun tidak pernah bersua muka atau bercakap dengannya secara live. Memandangkan usiaku dan menginjak ke alam dewasa dan ramai rakan-rakanku sudah berhijrah ke       alam rumah tangga, jiwa aku terbuka untuk belajar mengenali dan mencintai kaum Adam. Aku member sedikit ruang dan peluang untuk membuat pertemuan pertama di Kuala Lumpur dengan nya dengan ditemani oleh adik masing- masing. Selepas pertemuan pertama, respond dariku dianggap negative lantaran panggilan telefon darinya tidak bersambut. Selepas beberapa hari, baru aku ada kekuatan untuk meluahkan segala isi hati yang member sinar harapan kepadanya. Aku mengambil masa lama bermunajat kepada Ilahi agar diberi keputusan yang boleh memberi kebaikan kepadaku lantaran tidak mempunyai tempoh masa yang panjang untuk mengenalinya.  Lebih lebih lagi apabila memikirkan pengajian dan budaya kerjanya amat berbeza denganku. Selepas respond positif  kuberikan, D terus mengatur perancangan agar perkahwinan kami dipercepatkan. Baginya biarlah percintaan kami bermula selepas ikatan yang sah sebagaimana direalisasikan oleh ayah bonda kami dahulu.
Aku mengikut sahaja apa yang telah dirancangkan. Impian kami ini terus kukhabarkan kepada ibu dan ayah di kampong. Mereka gembira mendengar impian kami ini sementelah lagi D bakal menjadi menantu pertama dalam keluarga kami. Ibuku juga memberitahu, dalam tempoh setahun aku menamatkan pengajian,  3  keluarga sudah datang merisikku kat kampong  yang mana kesemuanya aku menolaknya secara baik dengan alasan yang munasabah. Keadaan inilah menyebabkan ibuku risau dan bila aku sendiri yang memutuskan pilihan hatiku, ibuku menerima dengan hati terbuka. Kami bertunang selama sebulan sahaja dan kemudian terus dikahwinkan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. Keluarga kami begitu teruja menerima menantu pertama. Aku Bersyukur kepada Ilahi kerana menganugerahkan aku seorang suami yang begitu bertanggungjawab dan beriman.
Selepas sebulan kami berkahwin, aku terpaksa akur dengan desakan impianku sendiri untuk menyambung pelajaran menyebabkan kami terpaksa berpisah buat sementara waktu bagi mengejar impianku untuk bergelar seorang pensyarah. 

Friday 25 February 2011

duduk kat rumah besarkan badan je ke?

ada saja yang tak kena bila kita tak bekerja selepas tamat belajar...... antara soalan yang selalu aku dengar:

  • tak sambung study kat mana2 IPT ke?
  • tak mintak kerja?
  • tak pergi tolong ayah ibu kat kedai?
  • bila nak mintak kerja?
  • dk kat rumah goyang kaki je ke?
hello!!! saya baru je habis study hujung tahun lepas la.... lagi pun bukan duduk goyang kaki, besarkan badan je. dah banyak isi resume online, hantar resume kat syarikat2 n kilang2. tp bukan kuasa aku utk masuk mana2 syarikat utk kerja n bukan kuasa aku utk msuk je mna2 IPT utk sambung study.... semua tu ada procedure yg nk kena ikut... 
sekarang..... projek tengah berjalan.sebenarnya dah lama  nk bt projek aku ne tapi mak cik2 semua yang dok asyik ngutuk aku 2 sabar ya.... tgk la nnti.....
salam sayang untuk semua.... blog ni masih dlm proses... sbrg komen membina atau post amatlah sweet dinda  alu-alukan...